Pilih Bahasa

myFreeview beri perkhidmatan terbaik buat masyarakat

Oleh Mohd Nazllie Zainul

Apnah menonton salah satu siaran pada saluran televisyen disediakan myFreeview di Kota Kinabalu. – Gambar SNT/Mohd Nazllie Zainul

KOTA KINABALU: Pemberian dekoder myFreeview secara percuma di negeri ini dilihat mampu membantu masyarakat memperoleh maklumat khususnya berkaitan isu semasa.

Penerima, Apnah Zainudin, 69, berkata sejak menggunakan myFreeview hampir setahun lalu beliau sekeluarga tiada mengalami sebarang masalah dalam mendapatkan infomasi semasa, malah ia sama seperti saluran berbayar.

“myFreeview memberikan 14 saluran secara percuma dan ia termasuklah program disaluran TV1, TV2 dan TV3.

‘Selain berita, saya turut suka menonton pelbagai drama kegemaran dan saluran beli-belah CJ Wow Shop.

“Walaupun kerajaan memberikan dekoder ini secara percuma namun perkhidmatan diberitakan tetap terbaik,” katanya ketika ditemui media di rumahnya sempena kunjungan Digital TV Media Visit di sini, hari ini.

Apnah (tiga dari kiri) bersama ahli keluarganya menonton salah satu siaran pada saluran televisyen disediakan myFreeview di Kota Kinabalu. – Gambar SNT/Mohd Nazllie Zainul

Apnah berkata selain lengkap dengan pelbagai saluran serta program tv, saya dapati kualiti siaran juga terbaik dan terang walau hanya menggunakan televisyen lama.

“Kini saya juga kini boleh berjimat dari segi pembayaran bulanan kerana sebelum ini perlu membayar kira-kira RM150 sebulan tetapi sekarang tidak perlu lagi memikirkannya kerana dekoder diberikan percuma seumur hidup,” katanya ketika ditemui media di rumahnya sempena kunjungan Digital TV Media Visit, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, nenek kepada 21 orang cucu itu berkata dia sendiri tidak menyangka terpilih sebagai salah seorang penerima dekoder myFreeview.

“Mulanya saya dihubungi seseorang yang menyatakan nama saya terpilih sabagai penerima.

“Selepas membuat temujanji,  tukang pasang datang ke rumah untuk memasang set myFreeview. Apabila pemasangan selesai, saya sekeluarga terkejut melihat kualiti siaran yang sangat terang dan berpuas hati dengan perkhidmatan diberikan,” katanya. – SabahNewsToday