Pilih Bahasa

MYVI TERBAKAR DI TAMAN KENDARA KEPAYAN

Oleh Alfred Petrus

Nissan Urvan yang berada bersebelahan dengan Perodua Mvi tersebut turut mengalami kebakaran kecil. – Gambar SNT/Ehsan Bomba

KOTA KINABALU: Sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi musnah terbakar dalam satu kejadian di Taman Kendara Jalan Kepayan awal pagi tadi.

Pegawai Bomba Kanan (PBK) Dua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang Calixtus Fedelis berkata sebuah kenderaan berhampiran iaitu Nissan Urvan turut terbakar kira-kira satu peratus.

“Dalam kejadian tersebut, pasukan bomba bertindak mengawal dan memadam kebakaran bagi memastikan api padam sepenuhnya dan kawasan selamat.

Perodua Myvi yang musnah terbakar di Taman Kendara Jalan Kepayan. – Gambar SNT/Ehsan Bomba

“Operasi terkawal pada pukul 5.05 pagi dan tamat sepenuhnya kira-kira 15 minit kemudian. Kejadian itu tidak melibatkan sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya punca kejadian itu masih dalam siasatan.

Sementara itu, Calixtus berkata BBP Penampang menerima panggilan kecemasan pukul 4.47 pagi dan menggegaskan seramai enam orang anggota ke lokasi kejadian. – SabahNewsToday