Pilih Bahasa

MZ Ikhtiari perlindungan pilihan pegawai RTM Sabah: Malinaziah

Oleh Zakaria Damit

KOTA KINABALU: Pegawai serta kakitangan Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM Sabah) digesa untuk menyertai keahlian dalam Majlis Kebajikan Dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (Maksak Malaysia).

Pengarahnya, Malinaziah Datu Mohd Julaspi berkata Maksak Malaysia merupakan sebuah agensi serta pertubuhan dibawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang berperanan menjaga aspek kebajikan dan sukan bagi semua anggota Perkhidmatan Awam Malaysia.

Malinahziah (duduk tengah) bersama wakil MZ Iktiari Siti Bahaya Damsal (duduk kanan). Gambar SNT/Zakaria Damit

Katanya, atas dasar keprihatinan tersebut anggota perkhidmatan awam terutama di RTM Sabah secara menyeluruh termasuk ahli keluarganya apabila menyertai Maksak Malaysia, layak mendapat perlindungan Skim Insurans Berkelompok Komprehensif dikenali Skim Maksak Ikhtiari (MZ Ikhtiari).

Ini merupakan satu skim pilihan kepada anggota RTM Sabah untuk melindungi diri serta keluarga sekiranya ditimpa kemalangan dan musibah. Skim ini diharap dapat membantu meringankan beban kewangan kepada anggota RTM Sabah yang menyertainya.

Skim ini sangat relevan dengan persekitaran semasa kesihatan kakitangan serta pegawai di RTM Sabah yang dilihat sebagai pilihan perlindungan tambahan kepada pegawai serta keluarga mereka, katanya.

Malinaziah bersama kakitangan serta pegawai RTM Sabah dalam taklimat MZ Iktiari. Gambar SNT/Zakaria Damit

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat daripada Wakil Skim Perlindungan Maksak Ikhtiari (MZ Ikhtiari), di Pejabatnya di Tingkat lima Bangunan RTM Sabah, di sini pagi tadi.

Malinaziah berkata Skim perlindungan ini sangat unik kerana bukan sekadar memberi perlindungan akibat kematian serta hilang upaya kekal malah membayar manfaat jika ahli menghadapi salah satu daripada 36 jenis Penyakit Kritikal termasuk elaun tunai harian kemasukkan hospital.

Lebih istimewa lagi, ahli juga akan memperolehi faedah kematangan apabila polisi anggota mencapai tempoh matang dengan hanya membayar kadar serendah RM30 sebulan, katanya.-SabahNewsToday