Pilih Bahasa

Naib Canselor UMS terima Darjah Kebesaran PJN membawa gelaran Datuk

Oleh Alfred Petrus

KOTA KINABALU: Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) merangkap Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia, Prof. Dr. Taufiq Yap Yun Hin menerima anugerah darjah kebesaran Persekutuan 2019, pada Isnin.

Beliau merupakan salah seorang daripada 30 penerima Darjah Kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk.

Prof Datuk Dr Taufiq Yap Yun Hin. Gambar SNT/Ihsan UMS

Turut menerima anugerah PJN Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi merangkap Ahli Lembaga Pengarah UMS, Datin Paduka Ir Dr Siti Hamisah Tapsir.

Seramai 795 penerima pingat kebesaran sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara. -SabahNewsToday