Pilih Bahasa

Nasihat Ribut Tropika Nakri di perairan Sabah

KUALA LUMPUR, 10 Nov — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat Ribut Tropika (Nakri) yang boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan, berhampiran perairan Sabah.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, MetMalaysia memaklumkan jarak bandar terdekat dengan kedudukan ribut itu ialah kira-kira 901 kilometer (km) ke barat laut dari Kudat, Sabah.

“Berdasarkan pencerapan pada 2 petang ini, kedudukan ribut tropika itu berada kira-kira 505 km ke timur laut dari Ho Chi Minh, Vietnam dan bergerak ke arah barat dengan kelajuan 15 km sejam.

“Kelajuan angin ribut tropika itu boleh mencapai sehingga 108 km sejam,” menurut kenyataan itu.

— BERNAMA