Pilih Bahasa

Nelayan berusia 60an dikhuatiri lemas di Pantai Emas

Oleh Alfred Petrus

KOTA BELUD: Seorang nelayan warga emas dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas di perairan Pantai Emas, di sini kelmarin.

Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyatakan nelayan lelaki berumur 60tahun itu dikatakan turun ke laut seawal pukul 6 pagi untuk menangkap ikan.

Menurut saksi, mangsa sepatutnya pulang ke jeti pada pukul 8 pagi selepas menangkap ikan.

Bagaimanapun, orang kampung hanya menjumpai bot yang digunakan mangsa dalam keadaan enjin masih hidup.

Sementara itu, menurut Pengarah Maritim Negeri, Laksamana Muda Maritim Kamaruszaman Abu Hassan, operasi mencari dan menyelamat (Sar) telah diaktifkan kira-kira pukul 1.35 petang.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah mengkordinasikan operasi Sar dengan bantuan agensi luar. -SabahNewsToday