Pilih Bahasa

Nelayan guna dokumen pengenalan diri palsu ditahan

Oleh Nasrawati Syarifuddin

SANDAKAN: Dua nelayan disyaki memiliki dokumen pengenalan diri palsu ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), di perairan ini, semalam.

Timbalan Pengarah Operasi APMM Sandakan, Komander Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid berkata suspek yang menaiki bot nelayan dipercayai sedang bergerak dari perairan daerah itu menuju ke Jeti Pasar Besar Sandakan bagi menghantar hasil tangkapan ikan, pukul 7.45 pagi.

Kedua-dua suspek dipercayai pemegang dokumen IMM13 disyaki palsu. Gambar SNT / Ihsan APMM Sandakan

“Seramai 19 awak-awak termasuk tekong berusia dalam lingkungan 17 hingga 54 tahun berada di dalam bot berkenaan.

“Sebelas warga tempatan dan lapan warga Filipina diperiksa. Enam daripadanya berdaftar manakala dua lagi pemegang kad IMM13 disyaki palsu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bot dinaiki 11 warga tempatan dan sembilan warga Filipina ditahan. Hasil pemeriksaan mendapati, dua daripada nelayan berkenaan memiliki dokumen pengenalan diri palsu. Gambar SNT / Ihsan APMM Sandakan

Beliau berkata bot dan anak kapal kemudian dibawa ke Jeti Zon Maritim Sandakan untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat dibawah Akta Imigresen 1959/63,” katanya.-SabahNewsToday