Pilih Bahasa

Nelayan lemas di Pantai Emas ditemui

Oleh Alfred Petrus

KOTA BELUD: Nelayan lelaki warga emas yang dilaporkan hilang ketika keluar menangkap ikan di perairan Pantai Emas sejak Isnin berjaya ditemui.

Mangsa dipercayai lemas selepas turun ke laut kira-kira pukul 6 pagi dan tidak kembali ke darat yang mana mangsa sepatutnya pulang ke jeti pada pukul 8 pagi.

Mangsa dinaikkan ke darat selepas dijumpai oleh nelayan. Gambar SNT/Ihsan Bomba

Sapuan Siman berumur 60 tahun itu ditemui oleh nelayan kira-kira pukul 4.42 petang.

Menurut laporan terkini Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), mangsa ditemui 100 meter daripada bot yang digunakan mangsa ketika menangkap ikan.

Bot tersebut pula dijumpai pada Isnin dalam keadaan enjinnya masih hidup.

Mangsa diserahkan kepada pihak polis. Gambar SNT/Ihsan Bomba

Mangsa seterusnya dinaikkan ke darat dan diserahkan oleh pihak polis untuk tindakan selanjutnya. -SabahNewsToday