Pilih Bahasa

Noredah Othman dilantik Pemangku Pengurus Besar STB

Oleh Chris Maskilone

KOTA KINABALU: Timbalan Pengurus Besar Noredah Othman, 50, telah dilantik sebagai Pemangku Pengurus Besar Lembaga Pelancongan Sabah (STB).

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew membuat pengumuman itu sebelum Dewan Undangan Negeri bersidang pagi tadi.

Noredah sedang memberi penerangan kepada Christina sebelum dewan bersidang pagi tadi. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Noredah merupakan penerima biasiswa 2015 PATA (Pacific Asia Travel Association) bagi program pembangunan eksekutif pelancongan di Universiti Hawaii Manoa.

“Noredah ialah seorang Bumiputera dari Sandakan. Mempunyai pengalaman selama 29 tahun bersama Pelancongan Sabah. Beliau juga merupakan pegawai paling lama berkhidmat di STB.

Noredah Othman. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

“Beliau telah memegang beberapa jawatan sejak Oktober 1990 dan merupakan Timbalan Pengurus Besar (Perkhidmatan Sokongan) dari 2016 sehingga hari ini,” kata Liew yang juga adalah Timbalan Ketua Menteri.

Pengurus Besar sebelum ini ialah Suzaini Datuk Sabdin Ghani.-SabahNewsToday