Pilih Bahasa

NURFAZIANA, DARREL, REENN JUARA LAGU KENINGAU FM

Oleh Alfred Petrus

Yusop, Malinaziah dan Ivy Rudloph bersama 15 perserta JLK 2018 musim keempat mengabadikan gambar kenangan. -Gambar SNT/Ehsan Keningau FM

KENINGAU: Nurfaziana Emran, Darrel Reitz Vidy dan Reenn Abigail masing-masing dinobatkan sebagai Juara Lagu Keningau FM (JLK) 2018 musim ke empat yang diadakan di Dewan Masyarakat Keningau pada sabtu.

Nurfaziana dinobatkan Juara kategori bahasa Murut dan Ronnie bersama Yusop, Malinaziah dan Ivy Rudloph Pengurus Keningau FM. Gambar SNT/Ehsan Keningau FM

Ketiga-ketiga mereka masing-masing memenangi kategori bahasa Murut, Dusun dan Melayu dengan lagu Paie Alimo ciptaan Ronnie Bahan, Tongkiad No Mantad Doho ciptaan Roland Francis dan Cita Cahaya ciptaan Welfred David.

Abby, Masrani dan Diana menerima anugerah persembahan dan lirik terbaik. Gambar SNT/Ehsan Keningau FM

Manakala, bagi anugerah lirik dan persembahan terbaik dimenangi oleh Abby Suhaivey Abir yang membawa lagu Pamahunan Mai hasil ciptaan Masrani Tumas dan Dinna Libou.

Setiap Juara dan 12 peserta lain masing-masing membawa pulang wang tunai, sijil dan trofi pada pertandingan berkenaan.

Reenn Juara kategori bahasa Melayu dan Welfred bersama Yusop, Malinaziah dan Ivy Rudloph. Gambar SNT/Ehsan Keningau FM

Kesemua hadiah pemenang disampaikan oleh Pengarah Penyiaran Malinaziah Datu Julapsi dan Pengawai Daerah Keningau Yusop Haji Osman.

Darrel bergambar bersama Roland Yusop,Malinaziah dan Ivy Rudloph selepas dinobatkan sebagai Juara dalam kategori bahasa Dusun. Gambar SNT/Ehsan Keningau FM

JKL 2018 ini dirasmikan oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat PPM Liawan Raymond Pudon yang mewakili Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar yang juga wakil rakyat Liawan Rasinin Kautis. -SabahNewsToday