Pilih Bahasa

OKJA muncul juara Tamaha Food Race edisi kedua

Oleh Alfred Petrus

KOTA KINABALU: Tamaha Food Race edisi kedua telah menarik minat sebanyak 24 kumpulan menyertai perlumbaan berkenaan, di sini pada Sabtu.

Pertandingan yang memerlukan peserta untuk menghabiskan makanan di setiap perhentian yang ditetapkan itu telah dilepaskan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, William Baya seawal pukul 9 pagi di Lembaga Pelancongan Sabah (STB).

Kumpulan OKJa yang memenangi tempat pertama dalam acara itu. Gambar SNT/Ihsan Pembaca

Sebanyak 10 perhentian perlu dilalui oleh seiap kumpulan yang berahlikan empat orang.

Setiap perhentian pula mempunyai cabaran untuk menghabiskan makanan atau minuman yang diberikan tanpa mengira saiz hidangan.

‘Fish and Chips’ dengan saiz hidangan sebesar talam perlu dihabiskan oleh peserta. Gambar SNT/Ihsan peserta

Antara lokasi yang perlu dilalui oleh peserta adalah Little Sulap, Aurora Cinnamon Rolls, Kadaiku Souvenirs and Handicrafts, Santan AirAsia, Shangri-La’s Tanjung Aru Resort & Spa, Warung Kepayan, Outskirts Eatery, Koisaan Cultural Village (KDCA), Souled Out Kota Kinabalu, Cafe BBQ Chicken, Kota Kinabalu Marriott Hotel and Karamell Almondo.

Dalam pada itu, kumpulan OKJA telah memenangi perlumbaan tersebut dengan menghabiskan selama dua jam 58 minit.

Nasi lalap antara cabaran dalam perlumbaan tersebut. Gambar SNT/Ihsan peserta

Tempat kedua dan ketiga, masing-masing dimenangi oleh The Friendster dan Lunok Alanut.

Kumpulan OKJA membawa pulang wang tunai bernilai RM1,000, penginapan tiga hari dua malam di Pulau Manukan serta tiket penerbangan pergi balik dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur.

Ulat sagu atau butod merupakan salah satu cabaran dalam Tamaha Food Race. Gambar SNT/Ihsan peserta

Manakala, tempat kedua membawa pulang wang tunai berjumlah RM600 dan penginapan dua hari satu malam di Nepenthes Villa, Kinabalu Park.

Minuman dalam gelas besar perlu dihabiskan oleh dua orang ahli dalam setiap pasukan. Gambar SNT/Ihsan peserta

Bagi tempat ketiga, pemenang membawa pulang wang tunai RM400 dan penginapan dua hari satu malam di River Lodge, Kolam Air Panas Poring. -SabahNewsToday