Pilih Bahasa

Operasi UTC Sabah ditutup sempena Hari Keputeraan Agong, Awal Muharram

KOTA KINABALU, 7 Sept (Bernama) — Operasi Pusat Transformasi Bandar (UTC) Sabah akan ditutup selama tiga hari bermula 9 Sept ini sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong dan sambutan Awal Muharram.

Pengurusan UTC dalam kenyataannya hari ini berkata UTC akan kembali beroperasi pada Rabu, 12 Sept,  bermula 8 pagi hingga 9 malam.

— BERNAMA