Pilih Bahasa

Pacuan empat roda terbabas, tiga individu cedera

Oleh Alfred Petrus

SANDAKAN: Dua perempuan dan seorang lelaki cedera akibat kemalangan jalan raya yang berlaku di Taman Nasalim, di sini, pagi hari ini.

Kemalangan tersebut membabitkan sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda Mitsubhisi Triton yang terbabas di bahu jalan.

Anggota bomba membantu mangsa yang terlibat kemalangan tersebut. Gambar SNT/Ihsan Bomba

Kesemua mangsa berumur antara 31 hingga 56 tahun itu hanya mengalami kecederaan ringan dan telah dibawa oleh pihak ambulans ke hospital untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan kecemasan tersebut pada pukul 6.38 pagi.

Seterusnya, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan kemudiannya respon ke tempat kejadian menggunakan sebuah jentera yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan (PBK) Dua Syamzari Ganih bersama enam anggotanya.

Operasi berkenaan tamat pada pukul 7.08 pagi. -SabahNewsToday