Pilih Bahasa

Palauh seludup masuk lapan individu warganegara Filipina ditangkap

Oleh Nasrawati Syarifuddin

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya menumpaskan cubaan seorang lelaki Palauh menyeludup masuk lapan individu warganegara Filipina ke daerah ini melalui perairan Pulau Sisipan, dekat sini, semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata perahu yang dijuragani suspek berusia 15 tahun itu ditahan kira-kira pukul 7 pagi dipercayai dari Sitangkai, Filipina.

Perahu dijuragani lelaki Palauh ditahan selepas didapati membawa lapan individu warganegara Filipina dari Sitangkai, Filipina ke Semporna. Gambar SNT / Ihsan PPM Semporna

“Hasil siasatan mendapati juragan berkenaan membawa enam lelaki dan dua wanita warganegara Filipina berusia dalam lingkungan 16 hingga 65 tahun.

“Suspek dipercayai mengambil upah 3,000 peso atau RM70 setiap seorang penumpang sebelum dibawa masuk ke daerah ini,” katanya dalam kenyataan hari.

Semua suspek ditahan untuk tindakan lanjut. Gambar SNT / Ihsan PPM Semporna

Mohamad Pajeri berkata suspek ditahan manakala perahu dan enjin dirampas untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 kerana menjalankan kegiatan penyeludupan migran,” jelasnya. – SabahNewsToday