Pilih Bahasa

Pas Labuan gilap bakat penulisan ahli

Para peserta Bengkel Penulisan Berita Haraki anjuran Lajnah Penerangan dan Media Baru Pas Kawasan Labuan. – Gambar SNT/Ihsan Pas Labuan

LABUAN: Seramai 17 peserta mengambil bahagian dalam Bengkel Penulisan Berita Haraki anjuran Lajnah Penerangan dan Media Baru Pas Kawasan Labuan di Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Labuan, di sini semalam.

Pas berkata tujuan utama bengkel itu diadakan adalah bagi menggilap bakat penulisan yang ada dalam kalangan ahli Pas Labuan di samping memberi pendedahan tentang teknik penulisan berita yang berkesan.

“Kita berkongsi format dan teknik-teknik penulisan berita yang betul dan berkesan. Para peserta juga diberi peluang untuk menghasilkan sebuah berita semasa slot praktikal bengkel berkenaan.

“Program ini menunjukkan bahawa Pas Labuan komited untuk melahirkan golongan yang mahir dalam penulisan serta menyampaikan berita yang benar, pantas dan terkini bagi tatapan masyarakat umum khususnya di kawasan ini,” ujar kenyataan parti itu.

Diharapkan agar bengkel penulisan berita itu menjadi pemangkin untuk memperkasa kemahiran penulisan berita dalam kalangan ahli.

Majlis penutup disempurnakan oleh Yang Dipertua Pas Kawasan Labuan, Hamir Zahari dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah dan sijil penyertaan buat para peserta. – SabahNewsToday