Pilih Bahasa

Pas Sabah sedia hadapi pilihan raya bila-bila masa

Oleh Sabah News Today

KOTA KINABALU: Pas Sabah memutuskan untuk mengaktifkan jentera pilihan raya setiap kawasan di Sabah untuk menghadapi pilihan raya umum pada bila-bila masa.

Pesuruhjaya Pas Sabah, Mohd Aminuddin Aling berkata mesyuarat yang diadakan di Sandakan  dihadiri oleh semua pimpinan utama Pas negeri itu.

Mesyuarat PAS Sabah yang diadakan di Sandakan dihadiri oleh pemimpin tertinggi PAS negeri itu. – Gambar SNT/Ihsan PAS Sabah

“Mesyuarat yang diadakan pada kali ini turut membincangkan pelbagai program dan aktiviti bagi memperkasakan Pas di Sabah.

“PAS Sabah juga akan terus membina hubungan baik dengan semua komponen parti dalam Perikatan Nasional (PN) di Sabah,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau lagi Pas Sabah penuh yakin sekiranya semua komponen PN di Sabah menunjukkan muafakat sebenar dan saling bekerjasama pasti akan menghasilkan kemenangan yang lebih selesa. – SabahNewsToday