Pilih Bahasa

PASUKAN KESELAMATAN SIAPSIAGA TANGANI ANCAMAN DALAM DAN LUAR NEGARA

Oleh Mohd Adam Arinin

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun (tengah) bersama pegawai kanan polis ketika menghadiri Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Kontinjen Sabah di Dewan Serbaguna PGA Briged Sabah, Kinarut. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

PAPAR: Pasukan keselamatan negara sentiasa dalam tahap kesiapsiagaan untuk menangani sebarang ancaman dan jenayah rentas sempadan terutama di negeri ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pasukan keselamatan akan sentiasa memantau bagi mengelakkan sebarang elemen keganasan menyusup masuk ke dalam negara.

“Kerjasama dan koordinasi ini bukan sahaja melalui pasukan keselamatan seperti polis dan tentera malah masyarakat juga perlu dalam membantu pihak kita untuk mencapai objektif dalam memerangi keganasan atau jenayah.

Ketua Polis Negara Tan Sri Fuzi Harun menyematkan pingat kepada pegawai polis pada Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Kontinjen Sabah di Dewan Serbaguna PGA Briged Sabah, Kinarut. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

“Setakat ini kita telah berjaya menangani mereka yang terlibat dalam aktiviti keganasan. Dan kita yakin kerjasama masyarakat dalam menyalurkan maklumat ini amat penting,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara di Ibu Pejabat Pasukan Gerakan Am Briged Sabah, di Kinarut, pagi tadi.

Tambah Mohamad Fuzi, pasukan keselamatan negara akan sentiasa berhubung dan berkongsi maklumat dengan negara jiran seperti Indonesia dan Filipina berkenaan sebarang aktiviti jenayah terutama yang melibatkan kumpulan pengganas.

Sementara itu, seramai 414 pegawai dan anggota polis dari Kontinjen Sabah menerima Pingat Jasa Pahlawan Negara yang disampaikan sendiri oleh Mohamad Fuzi.

Penganugerahan kali kedua di negeri ini diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada pegawai dan anggota polis sebagai penghargaan terhadap perkhidmatan yang diberikan.

“Setakat ini terdapat 124,000 anggoya polis di seluruh negara yang layak mendapat pingat ini tetapi belum menerimanya.

“Justeru, pihak PDRM dengan Kementeian Dalam Negeri akan meneruskan penganugerahan pingat ini dalam fasa seterusnya,” tambahnya. -SabahNewsToday