Pilih Bahasa

PASUKAN LUNTAU JOHAN DMM DATHAUS OPENING DOUBLE DART CHALLENGE

Oleh Alfred Petrus

Ketua Pergerakan Pemuda Pusat Upko, Felix Joseph (empat kiri) menyampaikan hadiah kepada pemenang. Gambar SNT/Alfred Petrus

PUTATAN: Pasukan Luntau dari Sipitang yang diwakili Gilo Tay dan Samion Panguran dinobatkan sebagai juara kejohanan DMM Dathaus Opening Double Dart Challenge pada Isnin.

Tempat kedua dimenangi pasukan SGD FA yang diwakili Frankie dan Ansalimus manakala tempat ketiga dan keempat dikongsi bersama pasukan KBR Team dan 221 M/N yang masing-masing diwakili Fredie Chinsing dan Farrel Richard serta Marto Muga dan Nicholas George.

Pengerusi Penganjur, Randy Lojitan berkata pasukan Luntau membawa pulang hadiah wang tunai RM1,200 dan tempat kedua RM600 manakala tempat ketiga masing-masing menerima RM300.

Katanya penganjuran sulung yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM3,000 itu berlangsung selama dua hari di pusat berkenaan di Kampung Duvanson dan disertai 32 pasukan dari seluruh negeri.

“Penganjuran kejohanan yang julung kali diadakan bertujuan memberi peluang kepada pemain-pemain muda untuk menonjolkan bakat selain melahirkan pelapis yang boleh mewakili negeri dan negara dalam sukan berkenaan.

“Penganjuran kejohanan sukan seperti ini juga mampu melahirkan generasi yang berpotensi tinggi dan masyarakat yang sihat serta aktif di samping memperbanyakkan lagi aktiviti sukan riadah di negeri ini amnya,” katanya ketika berucap pada kejohanan tersebut. -SabahNewsToday