Pilih Bahasa

PBPM NEGERI SABAH TERIMA PERUNTUKAN RM100 RIBU

Oleh Mohd Adam Arinin

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) Sabah di pejabatnya di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) Negeri Sabah akan menerima peruntukan awal daripada Kerajaan Negeri berjumlah RM100 ribu bagi pengurusan persatuan termasuk aktiviti dan lawatan kebajikan ahli berdaftar.

Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia Hussin Awang Ngah berkata perkara itu disahkan sendiri oleh Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ketika mengadakan kunjungan hormat keatas Ketua Menteri, hari ini.

“Alhamdulillah hari ini merupakan sejarah bagi persatuan cawangan negeri ini kerana ia menjadi kunjungan hormat kali pertama yang dilakukan keatas Ketua Menteri selepas 47 tahun.

“Kunjungan ini juga merupakan salah satu dasar persatuan untuk bertemu dengan pemimpin utama sama ada diperingkat pusat atau negeri. Kami juga merakamkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana meluluskan peruntukan awal berjumlah RM100 ribu yang akan digunakan oleh persatuan cawangan negeri ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat keatas Ketua Menteri di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, hari ini.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menerima Sijil Pelantikan Penaung Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) Sabah dari pegerusi persatuan cawangan negeri Awang Kassim Hj Awang Gemok selepas menerima kunjungan hormat PBPM Sabah di pejabatnya di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Hadir sama Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) Negeri Sabah Awang Kassim Awang Gemok dan ahli jawatankuasa persatuan.

Tambah Hussin, PBPM Negeri Sabah juga telah membentangkan beberapa resolusi untuk dipertimbangkan oleh Ketua Menteri.

“Antara resolusi yang dicadangkan kepada beliau geran tahunan persatuan dan perumahan pesara polis dan balu. Kerana ada diantara ahli persatuan dan balu pesara polis ini masih belum ada tempat tinggal,” katanya.

Menurut Hussin, Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) Negeri Sabah kini mempunyai seramai enam ribu orang ahli dan pihaknya percayai masih ramai pesara polis yang belum mendaftar dengan persatuan.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) Sabah di pejabatnya di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Secara keseluruhan, seramai 140,000 ahli berdaftar di seluruh negara yang terdiri daripada 240 cawangan. Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) merupakan satu-satunya persatuan yang bernaung didalam Polis Diraja Malaysia dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

Jelasnya, setiap ahli yang ingin mendaftar perlulah mendaftar di mana-mana cawangan megikut Ibu Pejabat Polis Daerah seluruh negara bagi melayakkan mereka menjadi ahli persatuan yang sah disebabkan terdapat beberapa persatuan bekas polis yang tidak diiktiraf. -SabahNewsToday