Pilih Bahasa

PBPS HULUR BANTUAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

James (tengah) bersama ahli jawatankuasa PBPS dan Hasan Mahali (tujuh dari kiri) bergambar kenangan selepas majlis penyerahan di Dewan Serbaguna Putatan. – Gambar SNT / Ehsan PBPS

SERAH BANTUAN… Persatuan Bekas Pemain Sabah (PBPS) turut menzahirkan rasa simpati terhadap mangsa kebakaran di Kampung Pasir Putih Putatan yang kehilangan tempat tinggal dan harta benda akibat kejadian itu.

Rombongan yang diketuai oleh Presiden PBPS, Datuk James Wong telah menyampaikan sumbangan kewangan dan juga keperluan makanan kepada mangsa yang diwakili Pegawai Daerah Putatan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Putatan, Hasan Mahali.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Pemimpin Pembangunan Masyarakat Petagas, Madilil Yusuf yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas, Datuk Uda Sulai serta ahli jawatankuasa PBPS. – SabahNewsToday