Pilih Bahasa

PBS berunding dengan rakan GBS tentang PRK Sandakan

SANDAKAN, 8 April (Bernama) — Kepimpinan Parti Bersatu Sabah (PBS) akan memutuskan sama ada akan menyertai pilihan raya kecil (PRK) parlimen Sandakan 11 Mei depan selepas berbincang dengan rakan-rakan dalam Gabungan Bersatu Sabah (GBS).

Presiden PBS Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dalam satu kenyataan hari ini berkata belum ada keputusasn lagi dan kepimpinan parti akan berbuat demikian selepas mengambil kira segala sudut dan berunding dengan rakan-rakan GBS.

Kerusi Parlimen Sandakan kosong berikutan kematian penyandang Datuk Stephen Wong Tien Fatt 28 Mac lepas.

— BERNAMA