Pilih Bahasa

PEJALAN KAKI CEDERA PARAH DALAM KEMALANGAN LIMA BUAH KENDERAAN

Oleh Sabah News Today

KOTA KINABALU: Seorang pejalan kaki wanita cedera parah apabila tersepit dalam perlanggaran lima buah kenderaan di bulatan Tun Fuad, Jalan Bukit Padang petang tadi.

Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Sandreygo Salleh berkata kemalangan melibatkan lima buah kenderaan iaitu sebuah lori 10 tan tanpa muatan, Toyata Avanza, Subaru, Toyota Vios, Toyota vigo dan Perodua Kenari.

Anggota bomba sedang mengeluarkan mangsa daripada lori. Gambar SNT/Ihsan Bomba

Selain pejalan kaki wanita yang cedera parah itu, tiga orang lain kesemuanya lelaki mengalami kecederaan ringan iaitu dua di dalam lori dan seorang pemandu Avanza.

“Kesemua mangsa mendapat rawatan awal dari Pasukan Perkhidmatan Perawatan Kecemasan (EMRS) dan Hospital di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Kenderaan ini mengalami kerosakan teruk dalam kemalangan petang tadi. Gambar SNT/Ihsan Bomba

Menurutnya mangsa seterusnya dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS dan ambulans.

Namun, maklumat serta keadaan mangsa belum dapat dipastikan semasa berita ini ditulis.

Salah seorang mangsa sedang diberikan rawatan awal kecemasan. Gambar SNT/Media Sosial

Sementara itu, tambahnya Pusat Gerakan Operasi (PGO) menerima panggilan kecemasan tersebut pada pukul 5.52 petang.

“Seterusnya, menggegaskan seramai 12 orang anggota bersama dari BBP Lintas dan Penampang ke lokasi kejadian.

Salah seorang mangsa terbaring diatas rumput. Gambar SNT/Media Sosial

“Operasi ditamatkan pada pukul 6.50 petang,” jelasnya.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila lori terbabit mengalami masalah brek mengakibatkan pemandu hilang kawalan dan merempuh empat kenderaan lain.

Walaubagaimanapun, polis masih menjalankan siasatan.-SabahNewsToday