Pilih Bahasa

Pekerja ladang ditahan jual rokok seludup

Oleh Nasrawati Syarifuddin

LAHAD DATU: Seorang pekerja ladang ditahan polis disyaki terbabit kegiatan menjual rokok seludup di rumah pekerja Felda Sahabat, dekat sini semalam.

Dalam serbuan jam 6.45 petang itu, suspek lelaki berusia 47 tahun itu ditahan bersama 420 kotak rokok seludup pelbagai jenis.

420 kotak rokok pelbagai jenama dipercayai dijual oleh suspek. Gambar SNT / Ihsan IPD Lahad Datu

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung kegiatan penjualan rokok seludup sebelum menggerakkan anggotanya melakukan serbuan.

Beliau berkata ketika serbuan dijalankan pihaknya menemukan satu kotak besar berwarna coklat.

“Pemeriksaan di dalam kotak berkenaan mendapati sebanyak 420 kota rokok seludup pelbagai jenama,” katanya dalam media kenyataan hari ini.

Nasri berkata pekerja ladang terbabit ditahan manakala rokok bernilai RM6,000 dirampas untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967,” katanya. -SabahNewsToday