Pilih Bahasa

Pemandu lori maut terbabas sendiri

Oleh Nasrawati Syarifuddin

KINABATANGAN: Seorang pemandu maut selepas lori lima tan yang dipandunya terbabas sendiri, di Kampung Paris 2, dekat sini, pagi tadi.

Mangsa Parman Ahmad, 27, disahkan meninggal dunia akibat tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.

Mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba namun disahkan meninggal dunia. Gambar SNT / Ihsan JBPM Sabah

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 5.04 pagi seterusnya bergerak ke lokasi kejadian sejauh 54 kilometer (KM).

“Ketika tiba di lokasi kejadian, tiga anggota bersama seorang pegawai bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Operasi kemudian ditamatkan pukul 6.16 pagi. – SabahNewsToday