Pilih Bahasa

Pembinaan bangunan baharu IPG Kampus Gaya beri manfaat kepada pelajar serta komuniti setempat

Oleh Mohd Nazllie Zainul

KOTA KINABALU: Pelaksanaan pembinaan bangunan baharu Institut Pendidikan Guru (IPG) Gaya fasa dua dilihat bukan hanya memberi manfaat kepada warga kampus berkenaan malah komuniti setempat.

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata pembinaan projek berkenaan melibatkan blok pentadbiran, dewan serbaguna dan auditorium.

Teo Nie Ching (dua dari kanan) bersama Yusof (kiri) dan Gerturude (kanan) meninjau tapak pembinaan bangunan bahari IPG Kampus Gaya di Kota Kinabalu. -Gambar SNT/ Mohd Nazllie Zainul

“Dewan serbaguna serta auditorium ini mempunyai kapasiti 1,500 orang sekaligus sesuai untuk penganjuran pelbagai program besar.

“Kita tidak hanya digunakan bagi program dalaman sahaja tetapi mungkin boleh membantu komuniti luar mengadakan sebarang aktiviti termasuklah pertandingan, majlis anugerah dan sebagainya.

Teo Nie Ching. Gambar Fail SNT

“Ia secara tidak langsung mampu menjana pendapatan bagi kampus ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Lawatan Kerja Tapak Pembinaan IPG Kampus Gaya Fasa Dua, dekat sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Yusof Yacob, Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin dan Pengarah IPG Kampus Gaya, Gerturude Jock.

Berkeluasan tujuh ekar, keseluruhan projek terbabit bernilai lebih RM58 dan dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan Mac 2021.

Teo Nie Ching (kiri) mendengar penerangan daripada kontraktor berkaitan pembinaan bangunan bahari IPG Kampus Gaya di Kota Kinabalu. -Gambar SNT/ Mohd Nazllie Zainul

Dalam pada itu, Gerturude berkata kemudahan baharu itu kelak dapat memberi manfaat kepada kira-kira 700 pelajar IPG berkenaan. -SabahNews Today-