Pilih Bahasa

Pemimpin Bersatu Sabah hadir EGM Bersatu

SELANGOR: Pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah diketuai oleh Ketua Pimpinan Negeri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor telah menghadiri Perhimpunan Agung Khas Bersatu di dewan Taman Ekspo Pertanian Malaysia  (Malaysia Agro Exposition Park)(MAEPS), Serdang, kelmarin.

Hajiji (tiga dari kiri) bersama Masidi (tiga dari kanan) dan pemerhati dari Bersatu Sabah. Gambar SNT/Ihsan Bersatu Sabah

Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan (Adun) Sulaman merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (AMPT) Bersatu.

Perhimpunan Agung Khas ini diadakan untuk pindaan perlembagaan.

Masidi (kiri) bersama Ronald (empat dari kiri) dan Ketua-Ketua Penaja Bahagian yang lain. Gambar SNT/Ihsan Bersatu Sabah

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Setiausaha, Datuk Ronald Kiandee, Bendahari, Datuk Haji Mohd.Arifin Mohd.Arif, Timbalan Ketua Srikandi Sabah, Datuk Hajah Amisah Yassin, Ketua Armada Bersatu Sabah, Mohd Isquzawan Israq Datuk Arsit dan ketua-ketua penaja Bahagian Bersatu Sabah dan Labuan.-SabahNewsToday