Pilih Bahasa

Pemimpin Star Telupid masuk Upko

Oleh Chris Maskilone

Felix (enam dari kiri) menerima borang permohonan keahlian daripada Ketua Cawangan Star Mariuh Immukala (lapan dari kiri) dan Rubin Joring (empat dari kiri). Gambar SNT/Ehsan Upko Beluran

TELUPID: Ketua Bahagian Beluran Felix Joseph Saang menerima 30 borang permohonan keahlian Upko semasa lawatan kerja di Kampung Kopuron baru-baru ini di sini.

Berucap di dalam majlis anjuran Upko Wanita Beluran tersebut, Felix mengucapkan tahniah atas kesungguhan Pergerakan itu dalam memperkasakan wanita dan juga parti di peringkat akar umbi.

“Sesungguhnya peranan wanita ini cukup bermakna dan merupakan kuasa politik baharu dalam mencorak serta menentu masa depan sesuatu institusi, apatah lagi di peringkat kampung ini.

Felix Joseph Saang. Gambar Fail SNT

“Saya juga memuji semangat kesatuan dan perpaduan yang diamalkan oleh penduduk Kopuron demi untuk memajukan kampung,” ujar Felix.

Antara pengisian majlis tersebut ialah sesi dialog antara pimpinan Upko Beluran dan beberapa penduduk kampung.

Dalam majlis tersebut Felix menerima borang keahlian Upko baharu dari Marina Kumpit, Ketua Wanita Cawangan Upko Kg Kopuron.

Ketua cawangan Star, Mariuh Immukal dan setiausaha cawangan, Rubin Joring, turut menyerahkan borang permohonan keahlian mereka kepada Felix.

Turut hadir Ketua Penerangan Jonius Sadayoi, ahli jawatankuasa bahagian Alexious Angkangon, timbalan pengerusi tetap Pemuda Beluran Wilfred Majikon, Ketua Penerangan Wanita Beluran Rosena Kudus dan setiausaha penganjur bahagian Melton Martin.-SabahNewsToday