Pilih Bahasa

PEMUDA NYARIS MAUT MOTOSIKAL BERTEMBUNG MITSUBISHI

Oleh Alfred Petrus

Petugas kesihatan memberikan bantuan awal kepada mengsa sebelum dibawa ke Hospital Kota Marudu. – Gambar SNT/Ihsan Bomba

KOTA MARUDU: Seorang pemuda nyaris maut apabila motosikalnya bertembung dengan sebuah kenderaan jenis Mitsubishi Storm di Jalan Tandek di sini pagi tadi.

Dalam kemalangan itu, mangsa mengalami cedera parah manakala motosikal jenis Kawasaki miliknya musnah terbakar.

Penolong Penguasa Bomba (PPgB), Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu, Rony Ralat Sikawan berkata mangsa, 28, telah dihantar ke Hospital Kota Marudu untuk rawatan lanjut.

Anggota bomba memadamkan api pada motosikal yang musnah terbakar. – Gambar SNT/Ihsan Bomba

“Mangsa mengalami cedera parah akibat kemalangan itu, namun sempat dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

“Sebelum itu, mangsa turut menerima rawatan awal daripada pasukan bomba sementara menanti ketibaan pihak ambulan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu katanya Pusat Gerakan Operasi (PGO) menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.41 pagi dan mengerahkan seramai enam anggota Balam Bomba Pejabat (BBP) Kota Marudu ke lokasi kejadian. 

Katanya operasi terkawal sepenuhnya kira-kira pukul 11.52 pagi. – SabahNewsToday