Pilih Bahasa

PEMUDA TERSEPIT DAN CEDERA DI LENGAN DALAM KEMALANGAN DI JALAN KIANSOM – KEBUMI

Oleh Alfred Petrus

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berumur 26 tahun mengalami cedera ringan di bahagian lengan kanan dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan Kionsom Kebumi Inanam hari ini.

Pegawai Bomba Kanan (PBK) Dua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas Jamika Ismail berkata kemalangan tersebut melibatkan kenderaan jenis Suzuki yang terbabas sendiri di bahu jalan lalu terbalik.

“Terdapat seorang mangsa lelaki tersepit dan berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba.

“Mangsa seterusnya mendapat rawatan awal sebelum dihantar ke hospital oleh Pasukan Perkhidmatan Perawatan Kecemasan (EMRS).

“Pasukan bomba turut menjalankan pemeriksan untuk memastikan di sekitar kemalangan dalam keadaan selamat,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Sementara itu, tambahnya Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan itu pada pukul 7.10 malam dan menggegaskan seramai lapan orang anggota BBP Lintas bersamanya ke lokasi.

Katanya operasi ditamatkan pada pukul 7.48 malam. -SabahNewsToday