Pilih Bahasa

Pemuda Umno Batu Sapi perkasakan jentera bantu belia

Oleh Sabah News Today

SANDAKAN: Pemuda Umno Batu Sapi berjanji akan memperjuangkan nasib golongan belia yang tersisih dan kurang diberikan perhatian.

Ketua Pemuda Umno Batu Sapi, R. Amrie Abada berkata dalam mencapai matlamat berkenaan pihaknya telahpun memperkasakan jentera Pemuda Umno Batu Sapi.

R. Amrie Abada. Gambar SNT

Jelas beliau, dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini mereka akan menggerakkan sepenuhnya Skuad Sabil.

Ujar R. Amrie, jentera pemuda di kawasan itu tiada beza dahulu dan kini tetapi ianya akan lebih diperkemaskan dari segi keselamatan dan unit kebajikan.

Dimana, ulasnya pemuda kini sudah menampilkan sesuatu pembaharuan dengan mewujudkan satu skuad khas ataupun unit khas yang digelar Skuad Sabil.

“Ia akan lebih menonjolkan pemuda-pemuda ini lebih rela berkhidmat untuk parti tanpa mengharapkan sebarang balasan,” katanya lagi

Menurutnya, ianya boleh diterjemahkan daripada pemuda-pemuda ini iaitu semangat juang tinggi kepada Umno dan ini adalah salah satu semangat dan gerak kerja Pemuda.

Tambahnya lagi, ramai golonagn belia menemuinya kebelakangan ini untuk menyertai Pemuda Umno dan isu peluang pekerjaan akan diperjuangkan oleh pihak beliau.

Justeru itu, beliau menegaskan Umno bertekad menawan semula kerusi berkenaan dalam PRN Sabah yang bakal tiba.

Terdahulu, dua kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sekong dan Karamunting dalam kawasan Parlimen Batu Sapi berjaya ditawan Parti Warisan Sabah (Warisan) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.-SabahNewsToday