Pilih Bahasa

PEMUDA UMNO TENOM GESA KERAJAAN KEKALKAN BR1M

Oleh Alfred Petrus

Pemuda UMNO bergotong royong membersihkan tanah perkuburan Kg Masanoi selepas menyerahkan tangki air untuk kegunaan kawasan perkuburan. -Gambar SNT/Alfred Petrus

TENOM: Pergerakan Pemuda UMNO Tenom menggesa kerajaan baharu agar terus mengekalkan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).

Ketuanya, Bobby Balang berkata, BR1M mampu membantu dan meringankan sedikit sebanyak maslaah kewangan yang dihadapi oleh sesebuah keluarga.

“Kami telah mendapat maklum balas daripada rakyat bahawa mereka mahukan BR1M diteruskan dan mendakwa bahawa ianya merupakan satu-satunya jalan penyelesaian kepada rantaian kos sara hidup yang kini semakin meningkat.

“Kebelakangan ini, kerajaan pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad mengemukakan cadangan bagi menghentikan pengagihan BR1M ekoran kemelesetan ekonomi negara dan rakyat perlu berjimat cermat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyerahkan sumbangan beberapa buah tangki biru untuk kegunaan Tanah Perkuburan Kampung Masanoi pada Jumaat.

Dalam perkembangan lain, pemuda turut mengadakan gotong royong membersihkan tanah perkuburan berkenaan selain melawat kediaman penduduk di kawasan berkenaan. -SabahNewsToday