Pilih Bahasa

Pemuda Upko sambut baik pembatalan PSS; alu-alukan janji Ketua Menteri tunai pembangunan Kimanis

Oleh Sabah News Today

KOTA KINABALU: Ketua Pemuda Upko Pusat Felix Joseph Saang mengalu-alukan keputusan Kerajaan Negeri yang telah diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah agar cadangan PSS ini dibatalkan.
 
“Pemuda Upko berterima kasih kepada Ketua Menteri Sabah dan Jemaah menteri Kabinet Sabah yang telah mendengar suara rakyat dan meletakkan kepentingan rakyat melebihi kepentingan yang lain.

Felix Joseph Saang. Gambar Fail SNT

“Keputusan Kerajaan untuk membatalkan cadangan PSS ini membuktikan bahawa Kerajaan hari ini sentiasa meletakkan keinginan rakyat ditempat yang tertinggi,” katanya mengulas pengumuman oleh Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tentang pembatalan pelaksanaan PSS hari ini.
 
“Pemuda Upko amat  gembira dan menyambut baik kenyataan Ketua Menteri Sabah membatalkan cadangan PSS. Rakyat sudah pasti akan memberi sokongan padu kepada Kerajaan hari ini yang mengutamakan suara rakyat,” kata Felix. 
 
Felix yang juga Pengerusi Nippon Paint berkata Pemuda berharap agar Kerajaan hari ini dapat menemui cara penyelesaian Isu pelarian perang Filipina dan pendatang asing tanpa izin secara tuntas.

“Masalah ini  ini merupakan masalah yang sangat kronik di Sabah,” ujarnya.
 
Pemuda Upko juga mahu agar Ketua-Ketua Pembangkang, aktivis dan pihak NGO dilibatkan sama dalam usaha menyelesaikan kemelut isu pelarian perang Filipina dan juga Pendatang Asing Tanpa Izin (PTI) di Sabah.
 
Felix menegaskan adalah sangat penting pihak Kerajaan dan pihak pembangkang bekerjasama dalam perkara ini dan ketepikan dahulu fahaman politik masing-masing.
 
Menyentuh tentang PRK Kimanis, Felix menyeru ahli-ahli parti atau penyokong parti-parti Kerajaan hari ini agar menerima dan menghormati Keputusan rakyat Kimanis. 
 
“Waktu ini bukan masanya untuk menuding jari kepada sesiapa. Keputusan ini  seharusnya menyedarkan parti-parti Kerajaan betapa pentingnya kita perkukuhkan kesatuan dan perkuatkan lagi gabungan sedia ada.
 
“Saya turut terlibat membantu berkempen hampir dua minggu dan kita amat jelas dengan misi dan tugas kita di Kimanis.

“Pimpinan tertinggi Upko Pusat telah memutuskan bahawa matlamat utama kita dalam PRK Kimanis ini adalah untuk memastikan ahli-ahli Upko seramai 1,300 akan mengundi calon Kerajaan daripada parti Warisan,” katanya.
 
Dalam pada itu, Fellix mengalu-alukan kenyataan Ketua Menteri Sabah agar janji Kerajaan untuk memberikan pembangunan di Kimanis diteruskan.
 
Pemuda Upko, katanya memuji sikap dan pendekatan Ketua Menteri Sabah dimana beliau mahu semua pihak untuk menghormati Keputusan rakyat Kimanis.
 
Felix berkata, “menang kalah lumrah dalam politik, di PRK Sandakan yang lalu, calon Kerajaan (DAP) telah menewaskan Parti Bersatu Sabah (PBS) dengan majoriti yang lebih besar. Kali ini Calon Kerajaan kurang bernasib baik di Kimanis, tetapi inilah amalan demokrasi yang perlu kita hormati.”

“Pemuda Upko yakin Kerajaan hari ini akan terus kekal memerintah jika senantiasa mendengar keluhan, kegusaran, kepentingan dan keperluan rakyat,” kata Felix yang juga Ketua Bahagian Upko -SabahNewsToday