Pilih Bahasa

Penambahan 13 Kerusi Dun tepat pada masanya: Loretto

Oleh Sabah News Today

KOTA KINABALU: Pertambahan 13 Kerusi Dun Sabah dilihat berupaya meningkatkan kualiti perkhidmatan kerajaan negeri kepada rakyat di seluruh di negeri ini.

Setiausaha Agung Parti Warisan Sabah Loretto Padua berkata langkah ini mampu merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar dalam usaha meningkatkan ekonomi penduduk.

Loretto (dua kiri) beramah mesra dengan Malinaziah (kiri) dan pegawai RTM Sabah. Gambar SNT/Ihsan RTM

Katanya sudah tiba masanya kerajaan memperluaskan perkhidmatan di seluruh negeri untuk memastikan tiada rakyat yang tercicir daripada arus pembangunan negeri.

“Sudah tiba masanya kita kena buat penambahan kerusi setelah sekian lama. Ini kerana kawasan negeri ini sangat sekaligus ditambah dengan pengundi yang ramai di dalam satu kawasan berkenaan.

“Dengan penambahan kerusi ini kita yakin dan percaya segala perkhidmatan daripada kerajaan akan lebih efektif terus kepada rakyat,” katanya.

Loretto menerima cenderamata daripada Malinaziah. Gambar SNT/Ihsan RTM

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyerahkan sumbangan peralatan sukan dan wang tunai, kepada Kelab Sukan dan Kebajikan RTM Sabah, di Kota Kinabalu, hari ini.

Hadir sama Pengarah Penyiaran Sabah, Malinaziah Datu Julaspi Dan Presiden Kelab Sukan dan Kebajikan RTM Sabah, Zakaria Damit.

Lorreto (tengah) bersama Malinaziah ditembual pemberita. Gambar SNT/Ihsan RTM

Lorreto yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Dilantik juga menyambut baik tindakan Dewan Rakyat yang meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 bagi menurunkan had usia mengundi dari 21-tahun ke 18-tahun dengan sokongan majoriti lebih dua pertiga.-SabahNewsToday