Pilih Bahasa

Penampang dilanda banjir

Oleh Chris Maskilone

Air melimpahi jambatan di Limbanak. Gambar SNT/Sumber media sosial

PENAMPANG: Hujan berterusan sejak petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di daerah ini ditenggelami air setelah Sungai Moyog melimpahi tebing.

Jalan Inobong Putaton Bansadon pula terputus apabila sebuah “sinkhole” berukuran 6 meter lebar dan 4 meter dalam muncul sekitar jam 5 petang.

Jalan Inobong Putaton Bansadon terputus apabila ‘sinkhole’ selebar enam meter dan dalam empat meter muncul berikutan hujan lebat. Gambar SNT/Sumber media sosial

Menurut Jabatan Bomba, tiada jalan alternatif buat masa ini dan pihak konsesi penyelenggaraan jalanraya diminta memasang papan tanda amaran kepada pengguna jalanraya.

Antara kawasan yang terlibat dengan banjir ialah Limbanak, Sugud dan Kibabaig.

Keadaan di sekitar daerah Penampang apabila air mula naik. Gambar SNT/Sumber media sosial

Ahli Parlimen Penampang Datuk Darell Leiking masih belum dapat dihubungi mengenai usaha membantu mangsa banjir.

Difahamkan rumah Ahli Parlimen Penampang turut ditenggelami air.

Satu lagi screenshot daripada video yang tular di media sosial menunjukkan air sungai mulai naik. Gambar SNT/Sumber media sosial

Bagaimanapun, bomba memberitahu bahawa pusat pemindahan sementara Penampang telah ditutup pada jam 9 malam tadi.

Tiada mangsa banjir yang dipindahkan.

Keadaan di pintu masuk utama ke SK Sugud sekitar jam 4.50 petang tadi. Gambar SNT/Sumber Media Sosial

Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir di Pedalaman, Pantai Barat (Papar, Kota Kinabalu, Penampang, Tuaran dan Ranau), Sandakan dan Labuan akan berlanjutan sehingga jam 11 malam ini.-SabahNewsToday