Pilih Bahasa

PENAPIS HABA RUMAH ANAK YATIM JALAN APAS TERBAKAR

Oleh Alfred Petrus

Kedudukan penapis haba tersebut yang terbakar. Gambar SNT/Ehsan Bomba

TAWAU: Sebuah penapis haba rumah anak yatim Jalan Apas di sini terbakar pagi hari ini.

Namun, ia sempat dipadamkan oleh orang awam dengan menggunakan alat pemadam api yang tersedia.

Dalam satu kenyataan di sini pada Ahad, Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan tersebut pada pukul 11.26 pagi dan menggegaskan seramai lapan orang anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau ke lokasi kejadian.

Pasukan bomba bertindak membuat pemeriksaan di kawasan terbakar bagi memastikan sekitar kebakaran dalam keadaan selamat.

Kebakaran tersebut terkawal pada pukul 11.50 dan tiada kecederaan mangsa dilaporkan.

Operasi tamat pada pukul 12.08 tengah hari. -SabahNewsToday