Pilih Bahasa

PENDUDUK BATU SAPI TERHARU PERTAMA KALI SAMBUT AMBANG TAHUN BARU SECARA MERIAH

Oleh Alfred Petrus

Persembahan bunga api memeriahkan acara sambutan Ambang Tahun Baru 2019 Batu Sapi. Gambar SNT/Ehsan Pejabat Ahli Parlimen Batu Sapi

SANDAKAN: Penduduk Batu Sapi melahirkan rasa gembira dan terharu dengan sambutan Ambang Tahun Baru 2019 setelah sekian lama tiada sebarang acara semeriahnya pernah diadakan kawasan tersebut.

Ada di pengunjung mengalirkan air mata sebaik acara kemuncak bunga api menyemarak dan menghangatkan sambutan berkenaan.

Liew (tengah) dalam acara pemotongan kek. Gambar SNT/Ehsan Pejabat Ahli Parlimen Batu Sapi

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Arman berkata beliau begitu teruja dan gembira berada dalam kalangan yang hadir memeriahkan suasana bersama seisi keluarga sejak seawal pukul 5 petang.

“Saya pada mulanya mahu datang sendiri kerana takut hujan lebat turun pada acara ini. Ini menyukarkan anak-anak untuk bergerak.

“Namun, apabila melihat mereka (anak-anak) sangat teruja dan hujanpun semakin reda, saya membawa keluarga saya datang menyaksikan acara yang pertama kali ini diadakan di sini,” kata Arman.

Liew meninjau gerai jualan di tapak sambutan. Gambar SNT/Ehsan Pejabat Ahli Parlimen Batu Sapi

Hayati yang juga menghadiri Ambang Tahun Bru 2019 itu, turut mengalirkan air mata apabila melihat seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan merendah diri akhirnya menzahirkan hasrat penduduk Batu Sapi untuk melihat satu perubahan berlaku di kawasan itu setelah sekian lama jelas terpinggir.

“Memang tidak pernah ada sambutan sebegini di kawasan Batu Sapi selama berpuluh tahun saya membesar di sini.

“Inilah yang pertama kali dan terima kasih kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) Datuk Liew Vui Keong. Semoga suasana meriah sebegini diterus di kawasan yang selama ini sunyi sepi,” kata Hayati.

Acara sambutan Ambang Tahun Baru yang diadakan pada 31 Disember lalu merupakan inisiatif Liew yang juga Ahli Parlimen Batu Sapi dalam pada usaha menghidupkan pembangunan sosio ekonomi setempat.

Dalam pada itu, lebih 100 gerai jualan dibuka dan tapak percuma telah disediakan oleh pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS).

Salah seorang remaja yang mahu dikenali sebagai Wati, yang turut mengambil peluang untuk berjualan di tapak yang disediakan oleh pihak MPS melahirkan rasa gembira apabila diberi peluang untuk menjana sumber pendapatan sampingan.

“Sayapun tidak sangka begitu meriahnya di sini malam ini kerana saya bekerja di Kota Kinabalu. Jika bukan kerana cuti, hujung tahun seumpamanya, saya akan membantu keluarga untuk berjualan dan sememangnya seronok melihat banyak perubahan di sini,” katany.

Dalam perkembangan lain, sambutan tersebut dihadiri lebih kurang 5,000 bagi menyaksikan dan merasai kemeriahan Ambang Tahun Baru 2019 itu.

Acara tersebut dimulakan dengan pelbagai persembahan nyanyian dan tarian seawal japukul 7 malam meskipun hujan lebat turun pada lewat petang.

Walaupun begitu, ia sama sekali tidak mengganggu kelancaran aturcara persembahan pentas.

Antara acara pengisian adalah sesi memotong kek, persembahan artis-artis tempatan seperti Asmin Mudin, Didiy (Dj Sabah VFM Sandakan), Kiels Mereejen dan ramai lagi.

Acara kemuncak pula adalah pertunjukkan bunga api yang telah menghiasai langit kawasan Batu Sapi yang berakhir sekitar pukul 12.30 tengah malam.

Terdahulu, Liew dalam ucapan perasmiannya berkata antara lain ialah penekanan dalam pelaksanaan kesaksamaan dan keadilan akan terus diperkukuh di bawah ‘Rule Of Law’ tanpa mengira kedudukan serta pangkat seseorang bagi menjamin keharmonian pelbagai lapisan masyarakat di bawah pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad melalui Pakatan Harapan dan kerajaan negeri yang diterajui oleh Parti Warisan Pimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. -SabahNewsToday