Pilih Bahasa

Pengetua, guru besar di Sabah dinasihat batal aktiviti, kelas tambahan pada cuti sekolah

Bernama

KOTA KINABALU, 15 Mac — Jabatan Pendidikan Negeri Sabah menasihatkan pengetua dan guru besar agar membatalkan semua kelas tambahan pada musim cuti sekolah ini.

Pengarahnya Mistirine Radin berkata pembatalan itu termasuk aktiviti lain melibatkan guru dan pelajar berikutan situasi semasa COVID-19 ketika ini.

“Arahan itu telah dikeluarkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD),” katanya kepada Bernama dalam aplikasi Whatsapp, di sini hari ini.

Cuti sekolah pertengahan penggal pertama bagi kumpulan B termasuk Sabah adalah selama sembilan hari bermula 14 hingga 22 Mac.

— BERNAMA