Pilih Bahasa

Penyelidikan, inovasi bidang kesihatan perlu diberi tumpuan

Oleh Alfred Petrus

KOTA KINABALU: Penyelidikan dan inovasi dalam bidang kesihatan perlu diberi tumpuan bagi menangani penyakit berjangkit.

Taufiq (lima kiri) merakamkan gambar kenangan bersama peserta persidangan. Gambar SNT/Alfred Petrus

Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin berkata usaha berkenaan kerana penyakit-penyakit berjangkiy masih menghantui banyak negara seluruh dunia.

“Penyakit berjangkit seperti TB, Malaria, demam denggi, HIV/Aids dan lain-lain masih menjadi ancaman kepada kita.

“Oleh itu, platform seperti ini akan memberi manfaat kepada semua negara dan Malaysia pada umumnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Persidangan Penjagaan Kesihatan dan Kesihatan Umum Antarabangsa Borneo pertama serta Kongres Topikal Perubatan Penyakit Kerjangkit Keempat (IBPHC) 2019, di sini, hari ini.

Sektor kesihatan perlu melakukan perubahan dalam prospeknya dan bersedia untuk menjalankan analisis kritis sebagai persiapan teknologi masa hadapan.

Taufiq berkata kemajuan dalam bidang perubatan sering memerlukan perubahan minda inovatif yang mampu berubah mengikut arus kemajuan.

“Tidak kira sama ada anda berada dalam kesihatan umum atau dalam disiplin klinikal, ahli akademik atau pakar, kita perlu berani melampaui sempadan yang sedia ada.

“Oleh itu, adalah tepat pada masanya melalui Persidangan IBPHC 2019,” katanya. -SabahNewsToday