Pilih Bahasa

PENYU DITUNGGANG BERLAKU DI SEMPORNA

Oleh Alfred Petrus

KOTA KINABALU: Presiden Friend of Sea Turtles Education and Research (Foster) Alexander Yee mengesahkan gambar yang tular di media sosial berkenaan seorang pelancong kanak-kanak menunggang penyu baru-baru ini adalah benar dan berlaku di Semporna.

Alexander Yee. Gambar SNT/Ehsan FOSTER

Katanya gambar tersebut diambil semasa pelancong-pelancong berkenaan menaiki bot di sekitar salah satu pulau di situ.

“Ketika mengumpulkan lebih banyak maklumat berkenaan insiden itu, saya telah menyeru kepada pemandu pelancong atau penyelam yang terlibat untuk memberi keterangan.

“Saya juga ada meminta Jabatan Hidupan Liar untuk menyiasat perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Beliau berpendapat bahawa lebih banyak kesedaran masih diperlukan untuk menghalang kejadian seumpama itu daripada berlaku kembali.

“Ia suatu yang menyedihkan dan perlu diambil perhatian kerana bimbang dengan kehidupan spesies penyu ini yang terancam dan dilindungi,” jelasnya.

Sementara itu, Alexander mengingatkan orang ramai bahawa Pusat Pemuliharaan Walai Penyu

Walai Penyu Conservation Park akan melancarkan pembersihan pantai tahunan keempat di pantai Libaran pada Februari untuk memudahkan penyu memasuki kawasan pantai tersebut untuk menetas. -SabahNewsToday