Pilih Bahasa

Perdana Menteri dan isteri berlepas balik ke Kuala Lumpur

Oleh Sabah News Today

KOTA KINABALU: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali berlepas pulang ke ibu negara dari di Terminal Dua, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu petang tadi.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali melambai tangan sebelum masuk pesawat selepas mengadakan lawatan kerja sehari ke Sabah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, hari ini. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Pesawat khas dinaiki Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah berlepas pada jam 5.20 petang ke Pangkalan Udara Subang.

Perdana Menteri dan Ketua Menteri bersama dengan kabinet negeri Sabah. Gambar SNT/Ihsan JKM

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan tiga timbalannya Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, Datuk Jaujan Sambakong serta Datuk Christina Liew antara anggota kabinet Sabah yang hadir di lapangan terbang.

Christina mengucapkan selamat jalan kepada Dr Mahathir. Gambar SNT/Ihsan Kementerian Pelancongan

Dr Mahathir melakukan lawatan kerja sehari di sini dengan jadual padat dengan mengadakan perjumpaan dengan kabinet negeri Sabah di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah.

Dr Mahathir bertemu dengan kabinet negeri Sabah pagi tadi. Gambar SNT/Ihsan JKM

Ia disusuli jamuan makan tengah hari serta perjumpaan dengan pimpinan Parti Bersatu Pribumi Malaysia Sabah.-SabahNewsToday