Pilih Bahasa

Pergerakan Komulakan Pensiangan tetap teguh bersama Upko

Oleh Chris Maskilone

Alex (kiri) menerima borang permohonan keahlian Komulakan. Gambar SNT/Ehsan Upko Komulakan Pensiangan

PENSIANGAN: Golongan belia terutama dari masyarakat Murut berpeluang menonjolkan bakat melalui Upko.

Ketua Komulakan Upko Pensiangan, Alex Walzico Robert menjangkakan lebih ramai belia dan beliawanis di sini bakal menyertai parti tersebut.

Alex berkata beliau memandang serius matlamat penubuhan pergerakan Komulakan dalam Upko iaitu membuka peluang kepada belia di sini untuk menyerlah.

Beliau cukup yakin bahawa banyak bakat dan kreativiti yang terpendam dikalangan belia cuma sebelum ini tiada peluang untuk ditonjolkan.

“Inilah masanya untuk belia Murut maju melalui Upko,” katanya semasa menerima borang permohonan keahlian daripada 10 orang belia yang rata-ratanya lepasan STPM di sini baru-baru ini.

Alex berkata Upko merupakan wadah perjuangan terbaik untuk mengetengahkan Komulakan Pensiangan dan bersaing diperingkat lebih tinggi.

Beliau percaya di bawah kepimpinan Presiden Upko Datuk Seri Wilfred Madius Tangau selaku Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian, keperluan komulakan akan terus mendapat perhatian.-SabahNewsToday