Pilih Bahasa

PERKAMPUNGAN USAHAWAN SEPANGGAR JANA PENDAPATAN PENIAGA

Oleh Zakaria Damit

Madius (tengah)Madius melawat gerai pameran dalam di Majlis Karnival Onestop Sepanggar di Kota Kinabalu. – Gambar SNT / Zakaria Damit

KOTA KINABALU:  Kewujudan `Perkampungan Usahawan Sepanggar’ dijangka mampu meningkatkan pendapatan usahawan tempatan di sekitar kawasan berkenaan.

Ketua Bahagian Warisan Sepanggar, Mentoh Aru berkata perkampungan tersebut bakal menempatkan pelbagai jenis kraftangan, kuih tradisional, pembuatan industri kecil dan sedarhana serta kepelbagaian keperluan harian orang ramai.

Madius (tengah) menyampaikan sijil penyertaan kepada Mohd Isa Abdullah sempena Majlis Karnival Onestop Sepanggar. – Gambar SNT / Zakaria Damit

Katanya kawasan tersebut yang terletak berhampiran kawasan Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) boleh menempatkan lebih 20 usahawan dilihat mampu menjadi persinggahan pelancongan pada setiap masa.

“Kita yakin kawasan yang dimiliki Sedcovest anak syarikat Sedco akan menjadi tumpuan serta persinggahan para pelancong. Selaras dengan itu, kita akan bekerjasama dengan pengusaha pelancongan Sabah agar matlamat ini dapat direalisasikan secepat mungkin.

Madius (tengah) menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang peserta yang mengambil bahagian dalam Majlis Karnival Onestop Sepanggar. – Gambar SNT / Zakaria Damit

“Cadangan Ini merupakan sasaran Warisan Sepanggar untuk membolehkan golongan usahawan serta pengusaha kecil dan sedarhana dapat memasarkan hasil produk mereka terus kepada orang ramai,” katanya ketika berucap dalam Majlis Karnival Onestop Sepanggar di Kota Kinabalu di sini hari ini.

Mentoh berkata, setakat ini seramai 200 peserta yang sudah mengikuti kursus dalam pelbagai bidang yang dianjurkan Warisan Sepanggar dikenalpasti menjadi peserta awal di perkampungan Sepanggar itu nanti.

Dalam pada itu, Mentoh berkata usahawan perlu mencipta peluang sendiri selain untuk keluarga serta masyarakat setempat sekaligus membolehkan mereka dapat bersaing pada masa depan.

“Kerajaan memberikan pelbagai peluang pinjaman, kemudahan ruang tempat berniaga. Usahawan Sepanggar perlu merebut peluang ini bagi membolehkan mereka dapat bersaing di peringkat global,” katanya.