Pilih Bahasa

PERLETAKAN JAWATAN HAMID APDAL DIBINCANG DALAM EGM SAFA

Oleh Chris Maskilone

KOTA KINABALU: Perletakan jawatan Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Sabah (Safa) Haji Hamid Apdal akan dibincangkan semasa mesyuarat agung luar biasa (EGM) kelak.

Datuk Peter Anthony. Gambar Fail SNT

Pemangku Presiden Datuk Peter Anthony mengesahkan telah menerima surat perletakan jawatan itu.

“Ini kita akan bincangkan pada EGM nanti. Saya pasti Haji Hamid mempunyai sebab-sebabnya tersendiri tetapi itu kena tanya dengan beliau sendiri,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat khas perlawanan Sabah Vs Terengganu FC II di sini hari ini.

Tarikh bagi EGM Safa belum diumumkan lagi.

Hamid telah dilaporkan menghantar surat perletakan jawatan beliau beberapa hari selepas memenangi pemilihan dalam kongres Safa pada Ogos tahun lalu.

Hamid Apdal. Gambar SNT/Datu Ruslan Sulai.

Ketika mengulas perlantikan Peter sebagai peneraju Safa baharu menggantikan Alijus Sipil, Hamid berkata perletakan jawatannya itu telah ditolak oleh jawatankuasa Safa.

“Sehingga kini saya juga tiada menerima apa-apa surat penerimaan perletakan jawatan daripada Safa.

“Oleh itu apabila perkara mengenai perlantikan Datuk Peter Anthony timbul maka saya terpanggil untuk menyatakan sokongan penuh saya bagi beliau menerajui Safa,” katanya ketika itu.-SabahNewsToday