Pilih Bahasa

Personaliti positif beri impak kepada pelajar

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

BEAUFORT: Golongan pelajar perlu mempunyai personaliti tersendiri yang memberi impak positif kepada orang di sekeliling mereka.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat Klias Hajah Johair Matlani berkata personaliti yang baik ini hanya mampu dibentuk dengan rutin disiplin yang tinggi serta matlamat yang jelas dan ia memerlukan sokongan semua pihak terutama guru, ibu bapa dan masyarakat.

Johair memukul gong sebagai simbol perasmian Majlis Anugreh Pelajar Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Klias. – Gambar SNT/Ihsan SMK Kota Klias

“Pelajar tidak boleh bergantung sepenuhnya terhadap pembelajaran semasa berada di dalam kelas tapi perlu ada kesungguhan untuk mencari nilai tambah semasa berada di rumah untuk mengulang kaji pelajaran.

“Ibu bapa pula berilah harapan dan pujian untuk anak-anak kerana sokongan seperti ini mampu memberikan mereka motivasi dan membentuk keperibadian mulia anak anak mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Anugreh Pelajar Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Klias di sini hari ini.

Hadir sama Pengetua SMK Kota Klias Md Saffie MD Salleh.

Johair (tengah) menyampaikan Anugerah Cemerlang kepada salah seorang penerima. – Gambar SNT/Ihsan SMK Kota Klias

Menurut Johair bagi menempah kejayaan pelajar perlu mempunyai personaliti yang hebat, disiplin serta kesungguhan perlu ada dalam diri mereka bagi mencapai kejayaan dalam kehidupan.

“Pendidikan merupakan elemen utama yang boleh merubah masa depan pelajar yang manafaatnya untuk diri sendiri , keluarga, masyarakat dan negara,” katanya.

Tambah beliau kerajaan telah menyediakan kemudahan dan bantuan untuk memperkasakan pendidikan di negara ini, justeru pelajar dan ibu bapa perlu memanafaatkan peluang yang disediakan itu. – SabahNewsToday