Pilih Bahasa

Pertandingan bowling persahabatan antara pengamal media dan DBKK meriah

Oleh Alfred Petrus

Nordin (berdiri tengah) bergambar bersama pengamal media dan kakitangan DBKK. – Gambar SNT/Ihsan DBKK

KOTA KINABALU: Aksi persahabatan di antara Persatuan Wartawan Sabah (SJA) dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dalam perlawanan bowling di sini semalam, berlangsung dengan meriah.

Seramai 18 pengamal media termasuk jawatankuasa tertinggi SJA menyertai perlawanan anjuran DBKK di sebuah pusat rekreasi di bandaraya Kota Kinabalu.

SJA diwakili Presidennya Muguntan Vanar; Naib Presiden Zakaria Damit dan Setiauasahanya, Siti Aisyah Narudin.

Organisasi media yang hadir iaitu Sabah News Today, Jabatan penyiaran Sabah (RTM), Utusan Borneo, SNew Sabah Times dan Jabatan Penerangan (JaPen).

Kesemua pengamal media dibahagikan kepada enam kumpulan dan bertanding dengan enam kumpulan dari kakitangan DBKK.

Memeriahkan program berkenaan iaitu Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Nordin Siman yang turut menyempurnakan gimik pelancaran pertandingan tersebut. – SabahNewsToday