Pilih Bahasa

Pertandingan solekan ‘Unduk Ngadau’ dari rumah tawar hadiah berjumlah RM4,500

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

KOTA KINABALU: Pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan oleh rakyat khususnya dalam menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagaimana yang diminta oleh pihak kerajaan.

Mengambil pendekatan duduk rumah, Real Beauty turut menyokong usaha kerajaan dengan mengadakan pertandingan solekan bertemakan ‘Unduk Ngadau’ dari rumah.

Dari kanan: Ketua Pegawai Operasi, Janub Bahanda; Pengarah Urusan, Aaron Bradley Masikam; Ketua Pegawai Eksekutif; Rejanah Bahanda dan Stokis Jualan Tertinggi 2019, Ezzatul Atikah. – Gambar SNT/Ihsan Real Beauty

Pertandingan Makeup Artist (MUA) 2020 bakal menyediakan platform buat anak muda yang berhasrat menceburi dunia kecantikan dengan menjadi pakar penghias wajah sambil bersaing mempertaruhkan bakat.

Uniknya pertandingan itu adalah julung kalinya diadakan bertujuan memberi cabaran kepada jurusolek dari seluruh negara mempamerkan kemahiran solekan walaupun dengan hanya melakukannya dari rumah.

Ketua Pegawai Eksekutif, Rejanah Bahanda berkata penyertaan bagi pertandingan itu terbuka kepada sesiapa sahaja dan pelbagai hadiah menarik disediakan untuk para pemenang.

“Pertandingan dibuka untuk pendaftaran mulai 27 April sehingga 10 Mei dan pelbagai hadiah menarik kami telah sediakan untuk pemenang.

“Antaranya pemenang tempat pertama akan memperoleh wang tunai berjumlah RM2,000, tempat kedua pula RM1,000, tempat ketiga RM700, tempat keempat RM500 dan tempat kelima pula RM300,” katanya.

Pertandingan tersebut adalah dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian dan yuran komitmen bagi penyertaan sebanyak RM100 dikenakan untuk setiap penyertaan.

Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkan borang anda secara menerusi laman web http://form.jotform.com/real-beautysb-unduk-ngadau-2020 atau emel ke [email protected] – SabahNewsToday