Pilih Bahasa

Petronas anjur majlis berbuka bersama 300 pengamal media

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

Media Sabah daripada Bernama, Sabah News Today, Utusan Borneo, Borneo Today dan New Sabah Times bergambar bersama Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Gas Berhad, Kamal Bahrin Ahmad (kanan) dan kakitangan Petronas semasa majlis Media Berbuka Puasa Petronas Bersama Media. – Gambar SNT/Ihsan Petronas

PETRONAS BERSAMA MEDIA… Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Tahunan bersama Media semalam di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dengan dihadiri lebih 300 tetamu.

Acara yang dianjurkan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin menyaksikan lebih daripada 20 organisasi media yang diwakili, termasuk dari Lembah Klang dan kawasan lain seperti Pantai Timur Semenanjung, Sarawak dan Sabah.

Media daripada pelbagai agensi yang menghadiri majlis Media Berbuka Puasa Petronas Bersama Media. – Gambar SNT/Ihsan Petronas

Sebelum berbuka, pengamal media diberikan peluang mengikut aktiviti seni anjuran galeri Petronas seperti lukisan karikatur, kaligrafi, reka bentuk tangan henna dan gerai foto. – SabahNewsToday