Pilih Bahasa

PKR Kota Belud raikan pesakit dalam lawatan amal

Oleh Sabah News Today

Mustapha (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang pesakit di Hospital Kota Belud. – Gambar SNT/Ihsan PKR Kota Belud

KOTA BELUD : PKR Kota Belud dengan kerjasama Lembaga Pelawat Hospital telah mengadakan kerja Amal di Hospital Kota Belud dengan mengagihkan bubur lambuk dan angpow raya kepada pesakit di hospital berkenaan.

Ketua rombongan, Mustapha Sakmud dan Ho Yew Leong mewakili Lembaga Pelawat telah bersama-sama membuat lawatan amal itu serta diiringi Pengarah Hospital Kota Belud, Dr. Primus John serta kakitangan yang bertugas.

Mustapha berkata program itu adalah aktiviti tahunan yang telah dianjurkan parti itu.

Katanya seramai 22 orang pesakit kanak-kanak menerima sumbangan angpow raya dan diharapkan akan menceriakan mereka bagi merayakan Aidilfitri bersama keluarga.

Turut bersama dalam lawatan itu ialah Ketua Angkatan Muda Keadilan Kota Belud, Ramzis Datu Muddin dan Ketua Wira Warisan Kota Belud, Khaimulsah Rujeh.

Mustapha menambah kerjasama erat sayap parti itu diharap akan melonjak peranan anak muda Kota Belud dalam melaksanakan program-program kemasyarakatan di daerah itu. – SabahNewsToday