Pilih Bahasa

PKR Penampang sokong penuh kepimpinan Anwar sebagai PM ke-8

Barisan kepimpinan PKR Penampang dalam Mesyuarat Agung Tahunan cabang pada 1 Sept. Gambar SNT/Ihsan PKR Penampang

KOTA KINABALU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang sebulat suara meluluskan usul menyokong penuh kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai peneraju parti seterusnya diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-8.

Usul tersebut dibentangkan dan diluluskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan PKR Cabang Penampang yang dihadiri seramai 80 ahli perwakilan pada Ahad.

Datuk John Ghani mewakili Majlis Pimpinan Negeri PKR Sabah.

Datuk John Ghani. Gambar SNT/Ihsan PKR Penampang

Selain itu, PKR Cabang Penampang turut menyeru agar siasatan terperinci dilakukan terhadap pengeluaran dokumen-dokumen palsu kepada pendatang tanpa izin (PTI) yang giat berleluasa dan jikalau tidak dibanteras ianya akan memberi persepsi negatif kepada Kerajaan sekarang.

Satu lagi usul yang diluluskan ialah menggesa Kerajaan agar dapat mencari jalan penyelesaian kepada masalah pengangguran yang terlalu tinggi dikalangan para graduan Sabah.

Menurut PKR Cabang Penampang ramai graduan yang telah buat pinjaman bagi membiayai pengajian mereka tidak mampu membayar balik disebabkan kekurangan peluang pekerjaan selepas tamat pengajian.-SabahNewsToday