Pilih Bahasa

PM negatif Covid-19, namun perlu jalani kuarantin 14 hari susulan pegawai didapati positif

KUALA LUMPUR, 22 Mei  — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin telah disahkan negatif COVID-19 namun perlu menjalani kuarantin selama 14 hari di rumahnya, susulan seorang pegawai yang hadir pada mesyuarat pasca-Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri Rabu lalu telah disahkan positif COVID-19.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata semua ahli mesyuarat di Pejabat Perdana Menteri itu juga telah diarah supaya menjalani ujian saringan dan kuarantin di rumah masing-masing selama 14 hari bermula hari ini (Jumaat).

Tan Sri Muhyiddin Yassin. Gambar Bernama

“Perdana Menteri telah menjalani ujian saringan COVID-19 pagi tadi dan disahkan negatif. Bagaimanapun, menurut Perintah Pengawasan dan Pemerhatian bagi Kontak COVID-19 (Seksyen 15(1) Akta 342), Perdana Menteri perlu menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari mulai petang ini,” katanya.

Menurut kenyataan itu, setiap mesyuarat yang diadakan di Pejabat Perdana Menteri mengamalkan penjarakan sosial dan penjagaan kesihatan ketat setiap masa.

— BERNAMA